Anyway.. here are some pics of last year activities.
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yg melawat walaupun takde update, terutamanya kamalina, [bro Ouled Kenitra, bro > dan semua yang tidak tersebut namanya.
P/S: Maaf, kualiti gambar kurang memuaskan kerana telah di'reduce' size nyer beberapa kali bagi memudahkan proses upload.
Entry kali ni sy nak tonjolkan ke'macho'an papa Adam.  :-D  Maklumlah balik2 Adam jer yg jadi model fp sy. Kalo x Adam, 'anak2' kami yg 4 kaki tu.. Jadi kali ni kasi can pd papa Adam lak. Tengok skit dari mana Adam mendapat kehensemannya itu.. heheheheh  :P
Walaupun kami sudah setahun lebih mendiami rumah di Salak Tinggi, tp kami x pernah la amik initiative untuk mengindahkan kawasan luar rumah kami. Everytime nak hias mesti rasa "ala.. rugi la.. rumah sewa jer pun". Walaupun dlm hati segan gak sbb rumah tu x nampak cam rumah org dah kawin pun.. org kata x de seri. But finally we decided to do  something about it.
Mula2 kitorang beli pokok untuk letak kan tiang porch. Ala.. murah jer.. beli kat banting. Hubby la yg merajinkan diri gardening ni
Lepas letak 2 pokok tu.. baru la nampak berseri skit  :-D (Tapi x amik gambar dr depan porch la plak  :oh_god:  ).
Sejak lepas tu hubby cam semangat skit nak gardening. Lagi pn dia kata bleh la kasi peluh2 skit badan yg semakin berisi tu. huhuhuh  ;-)  Next we bought 2 jenis pokok..entah ape namanya.. untuk letak kat pagar. Tapi kitorang beli x byk.. so tak dpt nak cover sumer pagar. Again sape lg yg buat kalo x hubby. It turned out to be quite nice. Bila pokok2 tu dah besar skit nanti mesti lg cantik.
Later kitorang jumpa pokok yg hampir sama (sama species) kat tepi jalan nak pegi my office kat Carey Island. Punya la byk.. so ape lg.. kami telah mencantas beberapa batang untuk disemai dan kemudian di tanam di rumah kami. huhuhuhu  :P
Laman rumah kami ni blum ade rumput. Lalang n pokok2 sekunder byk la. Memang sakit mata memandang. Selalu hubby panggil org potong rumput jer. Tapi sejak dia ade hobi baru.. gardening ni.. rajin plak dia merumput sendiri. Bagus.. bagus.. bagus.. bleh jimat duit dan menyihatkan badan.
Latest project kitorang ialah tanam rumput. Sebagai percubaan, kitorang beli 4 keping 2x1 kaki rumput lembu (eh yer ker nama dia rumput lembu?) Rumput ni rupa dia hampir sama cam rumput biasa.. tinggal lg org yg jual tu ckp rumput jenis ni x memanjang. so.. x payah potong rumput nanti. Modal untuk rumput ni baru RM10. Murah kan? tp keje2 membersihkan dan meratakan tanah hubby la yg buat.
Dah 2 minggu lebih rasanya rumput tu di tanam secara jarak2. Alhamdulillah.. nampak dah merebak skit. Mungkin nanti kitorang akan beli lg rumput tu dan tanam lgi untuk cover bhgn lain pula. Maklumlah hari tu baru testing.
kamalina : yup.. extremely busy. sedih rasa dah lama tak update fotopages ni. But finally I did.
PEMANCING IKAN : huhuhuu... sekian lama tak update fotopages ni. dah nak raya puasa dah.
Daalia : landscape tu hangat2 tahi ayam jer kak.. skang ni dah terbiar jer. huhuhuhu
fikri (ilham Lensa) : saya kemas dalam rumah jer. luar rumah cok abg la kene buat.
> : hehehhe kene paksa tu baru ringan tulang. skang ni cik abg makin berisi.. makin beat tulang dia.. hahahahha
zilzal : ha.. tu kalo rumah cantik.. kalo dah lalang naik 2-3 kaki.. serabut kepala nengoknyer
Anang Hudaya : hye anang.. thanx for visiting. visit ler lagi
conan : terima kasih.. :)
> and PEMANCING IKAN : terima kasih.. walaupun tahun baru 2008 dah masuk bulan 9.. hehhehehe.
queserasera : mmg bagus. tp lagi bagus kalo dibuat secara konsisten
arulz : dik.. tu berkebun selama beberapa hari... kalo sehari tak siap keje2 landscape tu. penat cik abg akak :P
hisfazilah : dila.. dah lama giler kita tak update. dah lebih 9 bulan. ni baru nak start balik.
pian : cangkul...
FaizMalik : alamak faiz.. ko tak bz ker? kalo tak bz.. meh ler tolong update kan fotopages aku ni ha.. kalo ko baik hati.. tolong buatkan keje aku skali..hehhehehe
Ouled Kenitra : alamak bang.. dah lama giler tak lawat fp abg.. nanti saya lawat la eh :)
korok : eh.. dia tu kdg2 mmg rajin semula jadi :P
Kepada  SEMUA yang telah melawat beberapa kali dan meninggalkan msg buat saya  saya amat berterima kasih kerana sudi datang melawat fp saya. maaf la kerana tak dpt nak update disebabkan kesibukan kerja. Harap sudi datang lagi.
Miko merupakan kucing pertama yang suami saya bela sejak kecil lagi. Miko seekor kucing jantan yang bijak, hensem, agak berlagak, cerewet pasal makan, dan lain dari yang lain, dalam erti kata lain very special. Kehenseman Miko menjadi pujaan kucing2 betina di kawasan kejiranan saya. Dia juga tersohor di kalangan kanak2 di sini. Lihat saje lah pose2 yg diberikan setiap kali kami mengambil gambar dia. Macho kan  :-D
Miko kucing yang lain dari yg lain. Salah satu keistimewaan Miko ialah dia sangat rajin berborak. Kalau ditegur, pasti disahutnya. Kalau panggil nama dia, pasti disahutnya juga. Kalau berborak2 dengan dia, dia mengiau2 seperti berborak2 dengan kita. Miko agak cerewet tentang makan. Dia tak suka makan nasi mahupun ikan/ayam/daging. Tp kalau kami tengah makan nasi, dia mengiau2 macam nak sgt. Tp bila diberi, tak makan pun. Sajer mengada-ngada la tu  ;-) . Sy masih ingat ketika Miko masih kecil, ala2 kanak2 gitu, Miko sgt pemurah.Kalau ade kucing liar datang makan makanan dia, dia biar jer. Kadang2 kami terfikir Miko mmg saje ajak kawan2 dia dtg makan ker?  :idea:   Miko pandai buang air dalam toilet, walaupun tidak pernah diajar. Tapi selalu ikut mood dia, kdg2 dia nak bmembuang kat luar, kdg2 dlm toilet, kdg2 atas pasir dia. Seperti kucing2 lain, Miko juga sangat manja. Tapi dengan caranya yg tersendiri. Kerana terlalu manja, dia kurang pandai berdikari, mencari makanan sendiri. Kalau kami balik kampung tanpa membawa dia, nescaya kebuluran la dia.
Ketika muda remaja, Miko agak penakut. Kalau kucing lain datang rumah, dia akan lari menyorok dalam rumah :fear:  . Kalau dengar kucing lain bergaduh pun dia menyorok. Ketika Miko sudah boleh dikira dewasa (almost 2 year), dia telah menunjukkan kejantanannya dgn meng'conquer' kawasan kejiranan tempat kami tinggal  8-) .  Miko selalu keluar malam dan tidak balik tidur di rumah. Setiap kali bergaduh mesti lah Miko yang menang :horay: . Selain keluar untuk meluaskan territory, Miko juga bekerja part time di bengkel kereta. Nak cari duit poket lebih kot. Sebab tu la dia selalu juga balik ke rumah pagi2 dengan palitan2 minyak yg hebat di badannya.
Oleh kerana Miko ni putih, kalau kotor sikit jer dah nampak. Inikan pulak minyak. lagi la hodoh rupanya. Miko ni pulak sgt suka naik atas katil tido dgn kami. Jadi hampir setiap minggu la Miko perlu dimandikan. Rimas la tengok dia kotor. Nak mandikan dia bukan senang. Bulunya panjang dan agak susah basah. Masa kecik2 seorang sudah cukup untuk mandikan dia. Tapi bila dah besar, 2 org terpaksa mandikan dia. Kalau la boleh masuk washing machine jer kan senang.  LOL
Bila dah basah.. berjam2 juga dia terpaksa mengeringkan bulunya. Tapi lepas mandi, Miko segak dan hensem dan macho semula  8-)  Lepas mandi, selalunya Miko tido. Kepenatan menjilat bulu kot. Disamping itu dia juga akan berlagak sombong. mentang2 dah bersih dan hensem  ;-)
Seperti juga manusia, Miko ada masanya jatuh sakit   :-( . Selalunya masa Miko sakit, dia suka duduk bawah katil, tepi pintu, dan tempat2 yg dia tak duduk time dia sihat. Kerana asyik bergaduh untuk menluaskan kawasan jajahan, 2 kali Miko kene bisul di pipi. Doktor kata mmg biasa kucing jantan kene bisul lepas bergaduh. Gara2 cakaran kucing liar yang kukunya berkuman. Kerana bisul tu, 2 kali la Miko terpaksa di'operate' untuk membersihkan bisulnya. Miko juga pernah diserang sakit kuning 2 kali. Kali pertama tak teruk. Kali ke2 agak tenat hinggal terpaksa ditahan dia klinik haiwan selama 4 hari untuk mendapatkan rawatan. Kopak la RM200 lebih untuk belanja rawatan sakit kuning nyer tu. Kata doktor jarang kucing survive lepas kene sakit kuning. Alhamdulillah.. Miko sihat semula 0)  .
Namun ajal ditentukan oleh Yang Maha Esa. Sungguh pun Miko berjaya sembuh dari sakit kuning sebanyak 2 kali, tapi akhirnya dia kembali juga kepada Nya di usia yg muda (2 tahun lebih) . :cry:   Miko mati ketika kami pulang ke kampung kerana melawat mama sakit (serangan jantung). Apa yang amat menyedihkan ialah menurut jiran kami yg mengkebumikan bangkai Miko, Miko dijumpai mati dalam longkang. Satu pengakhirkan yg amat memilukan hati, bagi seekor anak yang disayangi dan dimanjai :cry:  .
Sebelum Miko mati, dia telah memperkenalkan kami dgn membawa pulang seekor anak kucing yg serupa dengannya, yg kemudian kami gelar 'Kechik'. Selepas ketiadaan Miko, Kechik menjadi anak angkat kami. Walaubagaimanapun kami tidak membela Kechik sepertimana kami membela Miko, kerana bagi kami tidak akan ade kucing lain yg dapat menggantikan tempat Miko.
Miko, we love you very much. You will always be in our mind and heart.
> : mmg macho bro jeff.. kalo jalan pun cam model.. sy rasa dia tahu dia hensem lg macho.. sbb tu kdg2 dia cam berlagak skit  8-)
hisfazilah : sedih kan.. masa kita tulis tu pun bergenang air mata terkenangkan miko.. tp hanya org2 cam kita jer berperasaan ccam kita dila.. org lain biasa jek
++ FarEast Canon Shooter ++  : tp pd sy kalo hilang bleh tahan lg.. sbb kita x tau dia hidup atau mati.. moga2 hidup lg.. kalo cari mungkin bleh jumpa
FaizMalik : ala.. allahyarham p.ramlee tu org buat tribute. tp kalo mcm kita org2 biasa ni jer.. kot yg buat tribute pun anak2 kita nanti ..
shah-aryan : 'kechik' anak angkat jer.. dia ade lg.. tp dah merajuk.. x balik rmh sejak ade bobo n kiki.. mcm2 kan perangai kucing ni.. mcm manusia gak
anwar ahmad : akak dulu blaja kat just.. 1st batch malayzi.. about 10 years ago.. tp x abis pun.. kene balik sbb economic crisis in 1997-98  :-(
akina :  mak sy kata sy ni kembar kucing.  :-D kalo kucing sy mati.. mesti ade kucing lain dtg ganti.. comel jer nama smigel tu.. amik dr watak dlm citer lord of the ring eh?
Layman :  kucing nama BLUE? huhuhu.. kaler dia biru ker? sy suka amik gambar kucing sbb diorg ni bleh buat cam2 aksi
kamalina :  sy kalo bleh mmg nak stop kejap dr bela kucing.. sbb yg sama juga.. takut anak kena athma. tp x leh la.. aura kucing kuat sgt. tp adam pn baru2 ni jer didedahkan kpd kucing. hopefully he'll be OK. Miko tu ktorg x ajar pn dia membuang dlm toilwt bowl. ntah mana dia blaja ntah  :-D
mushi : tu la kan... kucing pn tau kita syg dia.. dan dia x nak tuan dia sedih bila dia x de nanti.. kitorg pn rasa Miko tau dia dah nak mati  :-(
Daalia : dulu sy pn ade kucing cam Orange tu.. tp kitorg pggil KUNING.. hehhehe.. tp dia hilang kena kidnap. anyway.. comel2 nyer anak2 kucing tu.. mesti skang dah besar kan
BlueShades @ MHK Studio :  Tribute ni bukan nak kasi org sedih.. tp sekadar luahan hati seorang 'ibu kucing'  ;-) secara x langsung peringatan kpd yg lain supaya mghargai kucing yg ada
arulz : thanx.. gambar mmg byk blur.. 1 sbb akak x reti amik gambar.. 2 sbb camera koman jer, susah nak amik bila dia byk gerak .. 3. akak suka amik x pakai flash.. hehhehe  LOL
PEMANCING IKAN : betul tu.. seharusnya kita bersyukur setiap kegembiraan dan kesedihan yg Allah kurniakan pd kita
jasfyra :  kdg2 bila tgk balik gambar2 Miko sy nangis gak.. sebak org kata.. bcoz Miko is very special
zilzal : mmg sungguh beruntung Miko dpt tuan spt sy.. hehehhe :-D
Ouled Kenitra :  citer cintan Korea sedih ker bro kenitra? sy dah x layan la citer bersiri ni.. kalo dah layan nanti terpaksa layan hari2.. hehehe :-D
buzz : eh.. syg sgt2.. cam anak sendiri.. cuma x lahir dr perut sy dan x menyusu bdn jer.. heheh.. ha ah.. dulu penah blaja sana.. that was 10 years ago..
korok : korok!!!! kejam la awak ni.. ggggrrrrrr...
queserasera : byk sarah.. tp lg byk gambar yg blur.. huhhhu... pengganti dia pn byk gambar gak...
muhd shafie : adeh... iklan bunga plak.. hehehhe
doubleukayes :  oo kat hypermarket pn ade eh? x penah lak jumpa. agaknya kat tesco dgn giant yg sy biasa pegi tu mmg x jual kot
nafizzul : memang sayang sgt2. Kucing pun cam orang gak, cepat membesar. Rugi kalo x amik gambar :)
lei : yup, so far kucing2 saya semua mencerikan hidup. Tak de lagi yang jadi anak derhaka  :P
Gambar yang kat bawah ni bukan kat Kelantan. Ni dah balik rumah. Every evening, Adam akan main2 dgn Bobo and Kiki, his twin brothers. Among that two, Bobo yang lebih banyak main dengan Adam. Tahan lasak si Bobo ni..   :-D
satonakahalu : oooo sedang menanti org baru ker.. tahniah.. tahniah..  :-D  tunggu ler.. nanti akak sure dtg utp bawak adam.. cuma x tau biler jer  :P
BlueShades @ MHK Studio : Dah buat dah.. nanti sy upload gambar adam dgn papa dia.. yg ade background frame tu.. adam pn suka tgk gambar2 dia kat frame tu..  ;-)
Ouled Kenitra : Alaaaa... jgn la slot berita tamil... nanti x paham la plak  :P
Kamalina : thanx for the info.. mmg bagus la website2 tu.. byk membantu sbb ade gambar skali.. tp tu la bila dah ngadap ps ni... boleh jd sampai satu hr x wat keje.. ooo.. tak bley.. tak bley..
Layman : ler bro layman.. mmg ler rupa org klantan... sbb dia org klantan  :P tp bagus la link yg bro kasik tu.. tak sangka plak siap ade fp psl klantan... husband sy mesti suka.. sy pn tpaksa la jenguk2 fp tu.. dah kawin dgn org klantan kan..  :->
arulz : alhamdulillah.. Allah kurniakan adam yg sedap mata memandang.. moga2 akhlaknya juga cantik secantik wajahnya .. sy penah blaja di jordan 10thn dulu... (cepat betul masa berlalu) sbb tu tau juga psl budaya sana.. tp tu dah lama.. skang ni mungkin lain kan  ;-)
Daalia : Anak2 kak dalia dah besor.. bleh ler suh amik kan.. anak sy kecik2 lg  :-D .. nak harap anak2 yg 4 kaki tu... heheheh... asyik buat sepah potpuri saya jer  LOL
> : tu la kan.. asyik dia jer dpt perhatian.. yg sulung la katakan.. harap2 kami x termanjakan dia sgt
hisfazilah : ala dila.. kalo ikut bz mmg x jln la fp ni.. tp kita stress byk sgt projek kene handle.. skang ni bz dok buat cashflow analysis plak.. cara kita kira roi yg dulu dah x bleh pakai dah skang ni.. dr meng'stress'kan diri dgn keje.. baik take it easy.. layan fp.. huhuhu
PEMANCING IKAN : terima kasih bro PI.. moga2 Adam menjadi anak yg soleh..
pizan : uuiikk.. pizan!!  :-> husband akak org bachok
mushi : senyum kepuasan la dpt pegang kucing.. sy x nak bg adam pegang kucing sgt.. sbb dia kecik lg.. tp dah meronta2 nak pegang gak.. bg jer lerr  :P
zilzal : ameen... moga2 Allah memakbulkan doa semua umat Islam
jasfyra : alhamdulillah.. Allah kurniakan adam yg sedap mata memandang.. moga2 akhlaknya juga cantik secantik wajahnya .. terima kasih kerana sudi melawat. dtg ler lagi yer  :-D
doubleukayes : alhamdulillah.. Allah kurniakan adam yg sedap mata memandang.. moga2 akhlaknya juga cantik secantik wajahnya .. terima kasih kerana sudi melawat. biasa2 jer fp sy ni
Daalia :  ooo.. kak dalia keje gomen ker...
L.A.N.I : Hye ilani.. thanx 4 dropping by. Yup, Adam pn suka kucing.
Ouled Kenitra : Sedap dan unik nama tu. Anak saya, Adam Mifzal.
Kamalina : Lambat update sebab ps sy dah x bleh pakai ler. masa install hr tu x activatekn, guna 30days trial jer. skang ni dah x bleh activate. :(
along : tu la.. ramai yg geram kat pipi dia. tembam2 pn pejal pipi dia tu. sedap dicium  :-D
-irmahakimi- 6 November 2007
Dari last week lagi saya telah menghadapi masalah utk menghantar komen ke fp2 yg biasa saya lawati. Saya rasa rata2 kebanyakan anda pun mengalami masalah yg sama. Setiap kali hantar komen mesti msg ni yg keluar
Internal Server Error
The server encountered an internal error or misconfiguration and was unable to complete your request.
Please contact the server administrator, webmaster@fotopages.com and inform them of the time the error occurred, and anything you might have done that may have caused the error.
More information about this error may be available in the server error log.
atau pun..
Software error:
Undefined subroutine &entries::CheckBannedURL called at /var/www/cgi-bin/fotopages.com/comment_add.pl line 88.
For help, please send mail to the webmaster (webmaster@fotopages.com), giving this error message and the time and date of the error.
Saya perhatikan hanya komen2 yg tidak ade URL link saje boleh di hantar. Saya ade buat percubaan ni fp Bro Jeff dan Bro Kenitra.. mmg berjaya. Jadi jika anda nak hantar komen, biarkan column "Link URL (optional) " dikosongkan . Insya-Allah berjaya. :-D
Kak Daalia : Salam perkenalan buat Kak Daalia jugak. Saya baru sgt blaja photoshop ni. nak edit satu gambar pun berjam2. huhuhu LOL  idea tu byk dr fp org lain.  :P
The Melaka Photographer : Sama2.. bila2 sudi dtg la melawat fp sy ni  8-)
meorjay : Sama2.. bila2 sudi dtg la melawat fp sy ni  8-)  (Sama plak cam reply kat atas.. hehehe)
Layman : Perfect Pictures tu... movie ker? cam x penah dengar jer. ketinggalan zaman nyer saya ni  :-S
BlueShades @ MHK Studio : Biasa la kan.. bende free.. mmg makin ramai yg guna.. tu yg makin bengong tu.. cam Friendster
Ida Natrah : Waaa.. buat website sendiri tuuhh.. pandai nyer.. Saya nak ber'fotopages' ni pun terkial2.. lg pun x de masa. selalu curi waktu keje.. hhehehehe :-D
hADIE : (Spt di atas  :-D ) Sama2.. bila2 sudi dtg la melawat fp sy ni  8-)
hisfazilah : rindu kat awak.. makin x ramai pompuan kat ofis kita.
> : tak pe.. takpe.. bila2 ada masa bleh komen.. pjg2 pun x pe.
Ouled Kenitra : jgn la marah moderator fp.. nanti dia mogok x nak moderate lg dah.. kesian kat kita sumer.. huhuhu..  sy br jer upload gambar baru. tertunggu2 ker? huhuhuh.. sy bz la bro..
The Sweetest Moments Ever : eerrk.. ape kebende nyer tu.. hhmm.. sy ni ibarat budak skolah tadika ckp dgn org kat universiti bila ckp bab2 fotography ni.
PEMANCING IKAN : Time kasih bro Pemancing Ikan.. (hhmm.. pnjg sgt nama tu.. pnggil bro PI jer bleh?  :-> ) sgt berguna infomasi tersebut
Raya pada tahun ini kami decide x balik kampung (on the 1st day). So saya mempelawa my family utk beraya di rumah saya di Salak Tinggi, Sepang. Saya ade la masak skit rendang, kuah kacang, nasi himpit, kek n puding   (tp x amik gamba la plak nak buat bukti.. ceh  :oh_god:)
Pagi2 raya saya readykan breakfast, readykan Adam.. while the guys abg, abah n along pegi solat raya. Diorg balik dr solat.. we had breakfast. Then we took family picture.  :-D
Seperti biasa pagi raya kene la bersalam-salaman bermaaf-maaf sesama ahli keluarga.. especially from Abah  (since Mama beraya dgn husband dia)..
(Baru terperasan gambar Iylia salam abah x de org amik ler..   :P )
Kemudian diikuti dgn yg muda salam yg tua.. sambil2 tu kene la hulur duit raya.  ;-)  Happy la diorg tu dpt duit raya..  Sudah menjadi kelaziman yg dah bekerja kene bagi duit raya.. Selagi belaja still dpt duit raya.. so next year Izyan wont be getting anymore.. ok!
(Again.. gamba Iylia dpt duit raya x de pun..  :P )
Tghari tu kitorg gi beraya ke rumah abg K.julie, Abg Kamal    (yg kawin dgn Norasyikin pembaca berita RTM1 tu    :-D ) di Bukit Beruntung. Peerrkhh... rumah dia besar n cantik giler... kat tepi rumah ade ruang rehat siap dgn kolam ikan lagi.. Pastu kitorang beraya ke rumah Mak Zah n Mak Chu  (adik2 mama) kat Shah Alam.(Tapi x amik gamba pun.. sbb dok dukung Adam)
Ni antara aksi2 Adam di hari raya pertama..
Raya ke-2 kitorang dok rumah jer.. berehat sbb raya-3 kene travel jauh.. balik kg hubby pulak.. ;-)
kamalina : Salam perkenalan Kamalina. Editing org baru blaja 2-3 hari. Yours are superb.   ;-)
PEMANCING IKAN : Insya-allah.. adik2 Adam pun nanti 1st class gak layanannya. Bab kene dukung tu.. standard la.. abg sulong la katakan..  :-D
Hari ni saya cuba meng'edit' gambar guna Adobe Photoshop CS2.. 1st time ni guna photoshop.. sblum ni pakai Jasc Paint Shop Pro 8. Mmg byk function kat photoshop ni.. patut la org lain nyer fp lawa2... dlm masa 2 jam.. bleh la nak edit skit2 yg basic.. tu pun explore sendiri dgn pertolongan Help Center.. hasil nya...
Tadaaaaaa!!!  :-D
He kept doing that and I got pretty worried (You know why). After discussing with Hubby.. we decided to give Adam what he wanted.  8-)  Well... we got him a twin and we named them Bobo and Kiki
Since we had Bobo and Kiki, Adam is so excited :bounce_b:  But he still lick his toe and put his feet as much as he can into his mouth  :P
PEMANCING IKAN : Bukan nak tolak rezeki. kalo dpt tu.. terima jer la. tp kalo bleh x nak awal sgt. kesian adam x puas bermanja
> : Selain hisap jari kaki, jari org lain pun dia nak hisap. :P  Twins tu mmg comel sgt
satonakahalu : tu ler mahadhir.. len kali rajin2 ler visit fp akak ni
korok : hhmmm... susah nak tafisr maksudnyer tu
Ouled Kenitra : kalo boleh mmg nak anto jd model.. masa kecik2 ni jer. tp takut masa shooting dia x nak plak jilat jari kaki dia tuh  :-D
conan : Ala.. jgn la kerjakan twins tu.. kesian... baru jer amik dr kampung nak buat teman Adam
Dah lama x tgk Adam pakai singlet. Nampak cam budak dah besar bila dia singlet.
Hari Ahad hr tu 1st papa Adam mandikan Adam. huhuhuhu  :-D Kekok ler tuu  :P  Sib baik Adam mmg suka mandi.. especially dlm bath tub dia tu  ;-)
noreen : mama Adam ni makin tua lerr..  :P  Kalo kita gi tronoh lg nanti kita bgtau.
scharewl : bro.. x paham ler.. ape yg sy buat?  :-S
korok :  :-D  :-D  :-D senyuman tu kan sedekah
Ouled Kenitra : Terima kasih.. insya-allah saya akan mengunjungi entry tersebut  ;-)
Meorjay : Selamat berpuasa. Terima kasih kerana sudi melawat  :->
jeff : geram kan...  :-D selalu kene cium tuhh..
faiz : mmg best ade baby.. eh.. awak bukan blum kahwin lg ker? nak anak.. cepat2 ler kahwin  :P
PEMANCING IKAN : Comel kan... Selamat hari raya buat bro jugak