View complete fotopage
|
|
| Friday, 23-Nov-2007 13:41 |
Email | Share | Bookmark |
|
Tribute to Miko
|
|
Kali ini saya ingin membuat tribute yang telah lama saya tangguhkan. Tribute ini buat 'anak' pertama kami, Miko. Saya abadikan koleksi gambar2 lama Miko ketika hayatnya bersama kami.
Miko merupakan kucing pertama yang suami saya bela sejak kecil lagi. Miko seekor kucing jantan yang bijak, hensem, agak berlagak, cerewet pasal makan, dan lain dari yang lain, dalam erti kata lain very special. Kehenseman Miko menjadi pujaan kucing2 betina di kawasan kejiranan saya. Dia juga tersohor di kalangan kanak2 di sini. Lihat saje lah pose2 yg diberikan setiap kali kami mengambil gambar dia. Macho kan
Miko kucing yang lain dari yg lain. Salah satu keistimewaan Miko ialah dia sangat rajin berborak. Kalau ditegur, pasti disahutnya. Kalau panggil nama dia, pasti disahutnya juga. Kalau berborak2 dengan dia, dia mengiau2 seperti berborak2 dengan kita. Miko agak cerewet tentang makan. Dia tak suka makan nasi mahupun ikan/ayam/daging. Tp kalau kami tengah makan nasi, dia mengiau2 macam nak sgt. Tp bila diberi, tak makan pun. Sajer mengada-ngada la tu . Sy masih ingat ketika Miko masih kecil, ala2 kanak2 gitu, Miko sgt pemurah.Kalau ade kucing liar datang makan makanan dia, dia biar jer. Kadang2 kami terfikir Miko mmg saje ajak kawan2 dia dtg makan ker? Miko pandai buang air dalam toilet, walaupun tidak pernah diajar. Tapi selalu ikut mood dia, kdg2 dia nak bmembuang kat luar, kdg2 dlm toilet, kdg2 atas pasir dia. Seperti kucing2 lain, Miko juga sangat manja. Tapi dengan caranya yg tersendiri. Kerana terlalu manja, dia kurang pandai berdikari, mencari makanan sendiri. Kalau kami balik kampung tanpa membawa dia, nescaya kebuluran la dia.
Ketika muda remaja, Miko agak penakut. Kalau kucing lain datang rumah, dia akan lari menyorok dalam rumah . Kalau dengar kucing lain bergaduh pun dia menyorok. Ketika Miko sudah boleh dikira dewasa (almost 2 year), dia telah menunjukkan kejantanannya dgn meng'conquer' kawasan kejiranan tempat kami tinggal . Miko selalu keluar malam dan tidak balik tidur di rumah. Setiap kali bergaduh mesti lah Miko yang menang . Selain keluar untuk meluaskan territory, Miko juga bekerja part time di bengkel kereta. Nak cari duit poket lebih kot. Sebab tu la dia selalu juga balik ke rumah pagi2 dengan palitan2 minyak yg hebat di badannya.
Oleh kerana Miko ni putih, kalau kotor sikit jer dah nampak. Inikan pulak minyak. lagi la hodoh rupanya. Miko ni pulak sgt suka naik atas katil tido dgn kami. Jadi hampir setiap minggu la Miko perlu dimandikan. Rimas la tengok dia kotor. Nak mandikan dia bukan senang. Bulunya panjang dan agak susah basah. Masa kecik2 seorang sudah cukup untuk mandikan dia. Tapi bila dah besar, 2 org terpaksa mandikan dia. Kalau la boleh masuk washing machine jer kan senang.
Bila dah basah.. berjam2 juga dia terpaksa mengeringkan bulunya. Tapi lepas mandi, Miko segak dan hensem dan macho semula Lepas mandi, selalunya Miko tido. Kepenatan menjilat bulu kot. Disamping itu dia juga akan berlagak sombong. mentang2 dah bersih dan hensem
Seperti juga manusia, Miko ada masanya jatuh sakit . Selalunya masa Miko sakit, dia suka duduk bawah katil, tepi pintu, dan tempat2 yg dia tak duduk time dia sihat. Kerana asyik bergaduh untuk menluaskan kawasan jajahan, 2 kali Miko kene bisul di pipi. Doktor kata mmg biasa kucing jantan kene bisul lepas bergaduh. Gara2 cakaran kucing liar yang kukunya berkuman. Kerana bisul tu, 2 kali la Miko terpaksa di'operate' untuk membersihkan bisulnya. Miko juga pernah diserang sakit kuning 2 kali. Kali pertama tak teruk. Kali ke2 agak tenat hinggal terpaksa ditahan dia klinik haiwan selama 4 hari untuk mendapatkan rawatan. Kopak la RM200 lebih untuk belanja rawatan sakit kuning nyer tu. Kata doktor jarang kucing survive lepas kene sakit kuning. Alhamdulillah.. Miko sihat semula 0) .
Namun ajal ditentukan oleh Yang Maha Esa. Sungguh pun Miko berjaya sembuh dari sakit kuning sebanyak 2 kali, tapi akhirnya dia kembali juga kepada Nya di usia yg muda (2 tahun lebih) . Miko mati ketika kami pulang ke kampung kerana melawat mama sakit (serangan jantung). Apa yang amat menyedihkan ialah menurut jiran kami yg mengkebumikan bangkai Miko, Miko dijumpai mati dalam longkang. Satu pengakhirkan yg amat memilukan hati, bagi seekor anak yang disayangi dan dimanjai .
Sebelum Miko mati, dia telah memperkenalkan kami dgn membawa pulang seekor anak kucing yg serupa dengannya, yg kemudian kami gelar 'Kechik'. Selepas ketiadaan Miko, Kechik menjadi anak angkat kami. Walaubagaimanapun kami tidak membela Kechik sepertimana kami membela Miko, kerana bagi kami tidak akan ade kucing lain yg dapat menggantikan tempat Miko.
Miko, we love you very much. You will always be in our mind and heart.
| Quote: | << jeff >> : mmg macho bro jeff.. kalo jalan pun cam model.. sy rasa dia tahu dia hensem lg macho.. sbb tu kdg2 dia cam berlagak skit
hisfazilah : sedih kan.. masa kita tulis tu pun bergenang air mata terkenangkan miko.. tp hanya org2 cam kita jer berperasaan ccam kita dila.. org lain biasa jek
++ FarEast Canon Shooter ++ : tp pd sy kalo hilang bleh tahan lg.. sbb kita x tau dia hidup atau mati.. moga2 hidup lg.. kalo cari mungkin bleh jumpa
FaizMalik : ala.. allahyarham p.ramlee tu org buat tribute. tp kalo mcm kita org2 biasa ni jer.. kot yg buat tribute pun anak2 kita nanti ..
shah-aryan : 'kechik' anak angkat jer.. dia ade lg.. tp dah merajuk.. x balik rmh sejak ade bobo n kiki.. mcm2 kan perangai kucing ni.. mcm manusia gak
anwar ahmad : akak dulu blaja kat just.. 1st batch malayzi.. about 10 years ago.. tp x abis pun.. kene balik sbb economic crisis in 1997-98
akina : mak sy kata sy ni kembar kucing. kalo kucing sy mati.. mesti ade kucing lain dtg ganti.. comel jer nama smigel tu.. amik dr watak dlm citer lord of the ring eh?
Layman : kucing nama BLUE? huhuhu.. kaler dia biru ker? sy suka amik gambar kucing sbb diorg ni bleh buat cam2 aksi
kamalina : sy kalo bleh mmg nak stop kejap dr bela kucing.. sbb yg sama juga.. takut anak kena athma. tp x leh la.. aura kucing kuat sgt. tp adam pn baru2 ni jer didedahkan kpd kucing. hopefully he'll be OK. Miko tu ktorg x ajar pn dia membuang dlm toilwt bowl. ntah mana dia blaja ntah
mushi : tu la kan... kucing pn tau kita syg dia.. dan dia x nak tuan dia sedih bila dia x de nanti.. kitorg pn rasa Miko tau dia dah nak mati
Daalia : dulu sy pn ade kucing cam Orange tu.. tp kitorg pggil KUNING.. hehhehe.. tp dia hilang kena kidnap. anyway.. comel2 nyer anak2 kucing tu.. mesti skang dah besar kan
BlueShades @ MHK Studio : Tribute ni bukan nak kasi org sedih.. tp sekadar luahan hati seorang 'ibu kucing' secara x langsung peringatan kpd yg lain supaya mghargai kucing yg ada
arulz : thanx.. gambar mmg byk blur.. 1 sbb akak x reti amik gambar.. 2 sbb camera koman jer, susah nak amik bila dia byk gerak .. 3. akak suka amik x pakai flash.. hehhehe
PEMANCING IKAN : betul tu.. seharusnya kita bersyukur setiap kegembiraan dan kesedihan yg Allah kurniakan pd kita
jasfyra : kdg2 bila tgk balik gambar2 Miko sy nangis gak.. sebak org kata.. bcoz Miko is very special
zilzal : mmg sungguh beruntung Miko dpt tuan spt sy.. hehehhe
Ouled Kenitra : citer cintan Korea sedih ker bro kenitra? sy dah x layan la citer bersiri ni.. kalo dah layan nanti terpaksa layan hari2.. hehehe
buzz : eh.. syg sgt2.. cam anak sendiri.. cuma x lahir dr perut sy dan x menyusu bdn jer.. heheh.. ha ah.. dulu penah blaja sana.. that was 10 years ago..
korok : korok!!!! kejam la awak ni.. ggggrrrrrr...
queserasera : byk sarah.. tp lg byk gambar yg blur.. huhhhu... pengganti dia pn byk gambar gak...
muhd shafie : adeh... iklan bunga plak.. hehehhe
doubleukayes : oo kat hypermarket pn ade eh? x penah lak jumpa. agaknya kat tesco dgn giant yg sy biasa pegi tu mmg x jual kot
nafizzul : memang sayang sgt2. Kucing pun cam orang gak, cepat membesar. Rugi kalo x amik gambar
lei : yup, so far kucing2 saya semua mencerikan hidup. Tak de lagi yang jadi anak derhaka
mimi : hye mimi, thanx 4 visiting this fp. Rumah akak x pernah putis kucing. ade jer yang datang. memang dah ter'bonded' la dgn setiap kucing yg kita bela |
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|